Masalah disiplin pelajar di sekolah-sekolah hari ini telah menjadi berita hangat yang dibincangkan. Ia bukan sahaja melibatkan pihak sekolah, Kementerian Pelajaran malah turut melibatkan pihak polis dalam mengambil tindakan terhadap murid-murid yang terbabit kerana masalah ini bukan sekadar masalah kecil tetapi ada yang sudah melangkaui masalah jenayah. Di sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman. Murid-murid di harap supaya berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mekanisme disiplin bertujuan memupuk pertumbuhan dan mewujudkan perhubungan yang sihat antara semua masyarakat sekolah.
Mengikut ahli-ahli psikologi sosial umumnya mengkategorikan tingkah laku manusia terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif (prososial) dan tingkah laku negatif (antisosial). Salah laku atau masalah disiplin pelajar adalah termasuk dalam ketegori antisosial iaitu seseorang yang mempunyai potensi untuk melakukan jenayah. Morris Haimowitz dalam artikelnya menyatakan, “Jenayah adalah dicipta, bukan di lahirkan.” Salah laku pelajar merujuk kepada tingkah laku yang menyimpang atau deviant behaviour daripada norma-norma yang dipercayai dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dengan bentuk perlakuan yang bertentangan dengan peraturan undnagundang jenayah yang dilakukan oleh individu yang belum mencapai umur dewasa (Dewan Masyarakat, Jun, 2000).
Antara Masalah-Masalah Moral Di Sekolah
1. Ponteng sekolah

2. Datang Lewat
Disiplin ditekankan pada pelajar supaya mereka sentiasa menghormati peraturan-peraturan sekolah dan mendisiplinkan diri dalam semua hal. Mereka perlu mematuhi peraturan-peraturan yang sudah dirangka. Tetapi, pelajar sekolah masih tidak dapat mendisiplinkan diri mereka dalam menetapi masa yang ditetapkan. Masalah disiplin yang kerap kali ditimbulkan adalah masalah datang lewat ke sekolah. Pelajar-pelajar biasanya tidak menepati masa permulaan sekolah dan suka memberikan alasan yang kurang memuaskan. Mereka datang ke sekolah secara sambil lewa tanpa memikirkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Datang lewat ke sekolah adalah perkara yang selalu berlaku dan ia tidak mempunyai kesudahan.
3. Rambut tidak diurus

Kebanyakan sekolah juga menghadapi masalah rambut panjang yang tidak diurus dengan kemas. Setiap hari mesti ada satu kes berkenaan dengan rambut pelajar. Pelajar-pelajar yang mempunyai rambut panjang perlu membuat dandanan dan diikat dengan kemas supaya rambut tidak menganggu mereka semasa mengikuti pelajaran (Mohd. Nor bin Long, 1982: 4). Pada masa kini, pelajar gemar mengikuti stail rambut pelakon, penyanyi, tokoh-tokoh yang diminati dan sebagainya. Mereka suka melepaskan rambut tanpa diikat, mewarnakannya, memakai gel rambut dan sebagainya. Manakala pelajar lelaki pula, suka menyimpan rambut sehingga melepasi kolar pakaian mereka. Keadaan ini memburukkan lagi rupa paras pelajar yang tidak dianggap lagi pelajar walaupun berpakaian seragam.
4. Merokok

Pada era perindustrian ini, merokok sudah menjadi satu hobi bagi semua orang bagi menikmati kehidupan yang serba moden. Oleh itu merokok sudah menjadi satu masalah disiplin yang tidak dapat dikawal dengan sepenuhnya. Kebanyakan pelajar terutamanya pelajar lelaki mula terjebak dengan perbuatan merokok bagi menghilangkan tension atau tekanan emosi. Perbuatan merokok dianggap sebagai suatu gejala yang tidak sihat. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati perbuatan menghisap rokok tidak boleh dianggap sebagai perkara biasa (Kementerian Pelajaran Malaysia 1983: 123). Kebanyakan pelajar merokok dalam tandas yang menjadi tempat perlindungan merokok yang baik. Pelajar-pelajar juga begitu serius dengan perbuatan merokok dan mereka tidak memikirkan merokok boleh membahayakan kesihatan mereka.
5. Masalah Peras Ugut
Masalah peras ugut di kalangan pelajar juga kian meruncing dewasa ini. Biasanya kumpulan pelajar yang memeras ugut ini mempunyai geng yang tersendiri dan ia disebut ‘gengster’. Kumpulan ini memeras ugut pelajar yang terdiri daripada anak orang kaya ataupun pelajar yang menjadi kebencian mereka. Dalam hal ini mereka memeras ugut dengan meminta wang, jika tidak mereka pasti mencederakan pelajar yang menjadi mangsa berkenaan. Hal sebegini menjadi kes polis kerana pihak sekolah sudah tidak berdaya lagi.
6. Masalah Ketagihan

Masalah pelajar sekolah yang lain adalah menghidu gam, pil khayal dan seterusnya membawa kepada penyalahgunaan dadah. Masalah ini mendapat liputan luas di negara kita kini. Pelajar mudah terdedah dengan masalah seperti ini akibat daripada pergaulan mereka yang luas dan tiada batasan. Masalah ini juga tidak dapat dikawal lagi oleh pihak sekolah hingga membawa kepada pihak polis.
7. Masalah sosial yang serius
Pelajar-pelajar pada zaman siber ini sudah berani bertindak di luar batasan. Mereka sanggup membunuh dan mencederakan pelajar lain. Kejadian ini berlaku disebabkan perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki di kalangan ,mereka. Pelajar seperti ini tidak dapat mengawal perasaan mereka hingga sanggup membunuh dan mencederakan orang lain. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku di kalangan masyarakat kita yang penuh adat-adat ketimuran.
8. Masalah Gangguan Seksual
GANGGUAN seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah, kawasan awam atau tempat kerja.
Contoh jenis-jenis gangguan seksual pelajar di sekolah:
* Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah.
* Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah.
* Membuat perlakuan atau isyarat lucah
* Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah.
* Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan seksual.
* Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan seksual.
* Melakukan sentuhan yang berunsur seksual.
* Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar.
* Menyebar khabar angin berunsur seksual.
Jenis gangguan yang paling popular adalah 'ejekan seksual' ke atas pelajar perempuan.
Gangguan kepada pelajar lelaki pula berlaku di asrama dan biasanya bercorak perlakuan homoseksual atau onani.
Good job!
BalasPadamTq sir
Padam