TINGKAH LAKU VANDALISME DI KALANGAN PELAJAR
(ABIR BIN RAMI)
Kini, gejala vandalisme di negara Malaysia semakin menjadi-jadi. Gejala vandalisme ini sering dikaitkan dengan pelajar di sekolah. Hal ini kerana, golongan pelajar ini mudah terpengaruh dengan sesuatu gejala atau budaya yang tidak sihat terutamanya gejala vandalisme. Kamus Oxford Advanced Learner‟s mentakrifkan vandalism sebagai “willfully destroy or damage works of art, public and private property, the beauties of nature, etc”. Manakala, maksud vandalism menurut kamus dewan adalah satu bentuk jenayah di sisi moral. Sebarang perbuatan seperti menconteng, mengotori, atau merosakkan harta benda awam dianggap sebagai vandalisme. Vandalisme juga dikenali sebagai gejala laku musnah iaitu tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalism ini berasal daripada nama sebuah puak di Eropah yang dikenali sebagai Vandal. Kebiasaannya, gejala vandalisme ini dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu vandalism ini juga merupakan satu bentuk jenayah ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap keadaan masyarakat. Motif kejadian vandalisme biasanya terletak pada aspek emosi.
          Vandalisme ini dianggap sebagi suatu cara untuk melepaskan geram atau pun cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun mereka diianggap ringan, tetapi masyarakat awam dan terutamanya kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat daripada vandalisme tersebut. Golongan vandal terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, remaja dan para penganggur. Tugasnya hanya melepak di kompleks membeli-belah, pengacau orang lalu-lalang dan menjadi kutu malam. Golongan ini sering menjadi sasaran, kritikan dan tuduhan bahawa mereka terlibat dengan perbuatan-perbuatan yang disebut vandalisme. Di Barat, fenomena vandalisme dikaitkan dengan pemuda-pemudi punk dan rock. Rata-ratanya perbuatan ini dilakukan oleh golongan pelajar yang terpengaruh dengan budaya „punk‟ dan „rock‟ dari Barat. Budaya Barat ini menular ke Malaysia melalui media massa telah pun mempengaruhi pemikiran pola tingkah laku anak-anak kita.
          Dalam tahun-tahun 80-an, kajian tentang sikap buruk pelajar-pelajar adalah seperti mencuri, bersikap kasar dan biadap. Sikap buruk ini membawa masalah utama yang dihadapi oleh pihak sekolah (Lander, 1984). Pada tahun 1982, Gluek, Eleanor dan Sheldon (1988) menyatakan sikap buruk pelajar adalah seperti melanggar peraturan kerana kurang diberi perhatian, kecuaian dan merokok. Begitu juga, trendnya kini sudah berubah kepada perbuatan vandalisme. Kini, isu ini hangat diperbincangkan oleh media massa. Di negara kita, tingkah laku merosakkan harta benda di tempat awam dikategorikan sebagai salah laku yang berat dan serius. Hal ini terbukti sejak 1968 lagi, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengedarkan surat pekeliling yang mengatakan pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan tersebut akan digantung sementara waktu, di bawah undang-undang 1.3.5 merosak atau membinasakan harta sekolah (Mohd Zainal, 2006). Masalah merosakkan harta benda awam telah menjadi satu fenomena lumrah dalam alam persekitaran kita. Perbuatan ini mendapat perhatian serius daripada pihak sekolah, masyarakat dan media massa. Pelajar-pelajar tersebut langsung tidak memikirkan kesejahteraan dan kepentingan pengguna lain. Mereka sesuka sahaja merosakkan dan mengotori kemudahan dan persekitaran sekolah tanpa ada rasa bersalah langsung serta menyesal atas kesalahan yang dilakukan.
          Persoalannya kini, mengapakah mereka begitu mudah terpengaruh dengan aktiviti menconteng harta benda awam yang tidak sihat ini? Bukankah perbuatan menconteng ini merupakan suatu kerja yang membuang masa? Tidakkah pelajar sedar akan perbuatan tersebut tidak memberikan sebarang manfaat kepada mereka? Seperti mana yang dikatakan, dunia pelajar penuh dengan pergolakan untuk mencari identiti sendiri. Pada peringkat ini pelajar mengalami krisis psikologi dan konflik identiti yang hebat. Beberapa kategori perbuatan vandalisme dilakukan oleh pelajar menengah iaitu merosakkan harta benda dengan sesuka-sukanya atau hanya ingin mengecapi keseronokan berbuat demikian. Tidak pernah terlintas dalam fikiran minda mereka bahawa perbuatan tersebut boleh mendatangkan impak yang negatif seperti tercacar permukaan harta benda yang kelihatan menyakitkan mata orang pengguna. Apa yang terlintas dalam fikiran mereka yang ketidakstabilan dalam emosi dicurahkan ke atas permukaan meja, kerusi, tembok, simen, batu-batan dan dinding. Tujuan tingkah laku golongan mereka langsung tidak jelas. Ini mungkin mereka hendak untuk menghabiskan masa lapang. (Moli, 2004)
          Kedua, golongan pelajar yang mengalami konflik jiwa yang tinggi di mana pelajar itu yang hidup keseorangan merasakan dunia ini kesepian dan tidak bermakna. Kesunyian dan kesepian yang dihadapi ini menyebabkan golongan mereka melakukan tingkah laku menconteng demi menarik perhatian khalayak. Begitu juga, mereka dalam kategori ini mempunyai alasan untuk melakukan vandalisme. Jadi, mereka tiadat tempat yang sesuai untuk menceritakan masalah dan isi hati, maka segala perasaan ketidakpuasan dan kekacauan fikiran diluahkan melalui tulisan-tulisan dan lukisan yang  tidak tentu hala di mana-mana tempat sahaja. Setiap perkataan yang tidak tentu hala di mana-mana tempat sahaja. Setiap perkataan yang ditulis dan simbol bentuk benda yang dilukis menggambarkan kekacauan fikiran pelajar tersebut.
          Ketiga, golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa tidak puas hati dengan keadaan diri dan masyarakat. Hal ini kerana, kita mendapati sesetengah dinding diconteng dengan gambar-gambar lucah, kata-kata kasar dan kata-kata yang tidak senonoh. Apabila mereka berbuat demikian, mereka berasa leka dapat menggangu kehidupan orang lain. Keempat, pula terdiri daripada remaja yang dilamun cinta. Remaja golongan ini suka bertumpu di taman-taman, bas hentian, tempat kloridor pusat membeli-belah, pawagam, tepi pantai dan tempat rekreasi. Mereka suka melukis seperti lambang love, anak panah, ukiran nama merpati sejoli dan dengan sengaja meninggalkan nombor telefon. Demi cinta abadi kasih terpahat, rindu terpaku dan kasih diukir. Dorongan emosi menguasai diri mereka daripada akal fikiran lalu mendorong mereka melakukan vandalisme tanpa ada kesedaran dan pertimbangan yang rasional. Tan Lam Hui (2007) menyatakan golongan remaja yang merosakkan harta benda merupakan golongan yang ingin kebebasan tetapi dikongkong ketat oleh ahli keluarganya.
          Mereka tidak mempunyai matlamat kehidupan, hobi dan kegemaran lalu suka membuang masa lapang dengan melakukan kesalahan ini apabila berjumpa dengan rakan-rakan sebaya. Mereka akan merasa puas setelah melakukan perbuatan menconteng di mana-mana sahaja dengan perkataan kasar dan gambar-gambar tidak senonoh. Jika Indeks gejala vandalisme ini tidak dikurangkan secara berkesan, maka ia akan membawa kesan negatif yang memberatkan kepada Malaysia. Tidak bergunanya Negara kita maju dan menggunakan teknologi yang baru. Tidak bergunanya sedangkan remaja yang bakal menjadi jentera penggerak adalah generasi yang tidak bermoral dan tidak bertanggungjawab dalam memelihara harta benda negara. Perbelanjaan negara terpaksa dikeluarkan untuk memperbaiki dan mengganti semula harta benda yang telah dirosakkan. Masalah salah laku di kalangan pelajar memerlukan kerjasama bersepadu yang serentak dan menyeluruh dari setiap lapisan masyarakat seperti pihak sekolah, ibu bapa, persatuan-persatuan dan sebagainya.
          Laporan Salah laku Murid Sekolah Malaysia (2006) mengkategorikan dua jenis vandalisme terhadap sekolah. Pertama, vandal dituju kepada harta benda seperti menguris papan kenyataan, mencarut sudut tangga blok-blok, menconteng meja dan kerusi, mencarut tempat-tempat yang boleh dicarut, menjongkitkan kerusi sehingga kerusi rosak atau sendiri jatuh ke lantai, merosakkan pintu besi sekolah, merosakkan pagar-pagar sekolah, menyimpahkan cecair pembetulan ke kenderaan guru- guru, dan orang lain, merosakkan kemudahan awam sekolah dan lain-lain lagi. Kedua, vandal dituju untuk menganggu rutin harian sekolah seperti menganggu rutin sekolah seperti ugutan bom, bunyi loceng amaran palsu, dan kebakaran. Menurut kajian Abu Salim (2009), jenis-jenis serangan merosak Perumahan Mahasiswa dibahagikan mengikut kekerapan iaitu selalu, kerapkali, kadang-kadang, jarang dan tidak pernah. Kajian ini menunjukkan menguris papan kenyataan, mencarut sudut tangga blok-blok, menconteng meja dan kerusi, mencarut tempat-tempat yang boleh dicarut antara yang selalu dilakukan. Serangan kerosakkan yang kerap kali dilakukan adalah seperti merosakkan sinki dan mengoyak poster, mengalihkan pemadam apai, memecahkan glass point bomba dan kotak hosereel. Begitu juga, serangan yang jarang dilakukan adalah merosakkan peti sejuk, tompok lampu, televisyen, pembesar suara. Jenis-jenis serangan ini dilakukan dalam keadaan yang sengaja dan tidak dirancang terlebih dahulu.
Rujukan
Abu Salim.2009.Vandalism di perumahan pelajar (asrama): Satu tinjauan di perumahan mahasiswa     di salah sebuah institute pengajian tinggi di Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar.Jil.2: 13-20.

Gluek,N, Eleanor , L & Sheldon , A. 2008. Unravelling juvenile delinquency. Massachusetts:     Harvard University Press. Cmabridge.

Mohd.Zainal,2006.Cabaran guru terhadap disiplin pelajar.Seminar disiplin pelajar kebangsaan
Kementerian Pendidikan Malaysia.Genting Highland,Pahang: 28-31 September.


Moli. 2004. Karenah remaja hari ini. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Muhamed Bohan bin Jais.2008.Pelanggaran disiplin dan peraturan sekolah di kalangan remaja di Sekolah Menengah Tengku Abdullah, Pahang. Diploma.Tanjung Malim: Institut Penguruan Sultan Idris.

Ulasan