TATACARA MENJAGA HARTA BENDA SEKOLAH

Harta sekolah adalah harta yang diperoleh melalui pembelian wang sekolah, sumbangan kerajaan, sumbangan LPS, sumbangan PIBG, atau sumbangan individu yang berkenaan. Oleh itu, usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama diantara guru, AKS, pelajar dan pembersihan swasta. Semua pihak seharusnya menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang disediakan di sekolah dengan sebaik-baiknya. Justeru itu, sikap bekerjasama membenteras perbuatan memusnahkan harta sekolah adalah sangat penting bagi sesebuah sekolah.

Usaha-Usaha Yang Boleh Dilakukan

1.     Kita seharusnya menggunakan peralatan yang disediakan dengan cermat.
2. Melaporkan kerosakan harta benda  sekolah dengan kadar segera kepada guru yang bertanggungjawab.
3.     Apabila selasai menggunakan sesuatu peralatan milik sekolah, hendaklah diletakkan ke tempat asalnya dengan baik dan dengan keadaan yang baik.
4.       Seseorang peminjam atau pengguna alat haruslah menjaganya seperti harta sendiri.
5.       Mengadakan program gotong-royong membaik pulih peralatan yang rosak melibatkan semua pihak khasnya ibu bapa murid, kakitangan sekolah, dan perbersihan swasta.

Peraturan Penggunaan Harta Benda Sekolah.

1.       Semua aset atau harta benda sekolah wajib dijaga dengan baik dan cermat.
2.       Sebarang kerosakan harta benda sekolah oleh yang meminjam atau penggunanya akan diberi amaran atau dikenakan tindakan.
3.       Harta benda sekolah yang dipinjam mesti dipulangkan dalam keadaan baik ditempat asal.
4.       Mana-mana harta benda sekolah yang rosak atau hilang mesti diganti.

Kesan Merosakkan Harta Benda Sekolah 

Terdapat banyak kesan apabila merosakkan harta benda sekolah. Antara kesan jika merosakkan harta sekolah ialah murid akan ditegur oleh guru. Murid-murid yang sering ditegur akan meninggalkan kesan dalam diri murid itu sendiri. Selain itu, pembaziran juga turut akan berlaku.  Kerosakan harta benda sekolah akan menyusahkan guru, murid, atau orang lain sekiranya memerlukan peralatan yang sudah rosak. Kesan yang lebih teruk lagi ialah murid-murid yang merosakkan harta benda sekolah ini akan dikenakan tindakan disiplin.

Kebaikan Menjaga Harta Benda Sekolah

Terdapat banyak kebaikan dan manfaat menjaga harta benda sekolah. Salah satunya ialah dapat digunakan dengan sebaik mungkin dengan tempoh masa yang lama. Sekiranya harta benda itu dalam kelas atau bilik khas, suasana pembelajaran dan pemudahcaraan didalam kelas menjadi selesa dan ceria. Semua murid dalam kelas berkenaan akan mendapat pujian dan penghargaan. Oleh itu, secara tidak langsung semua murid akan mematuhi peraturan sekolah. Penggunaan tong sampah yang disediakan dengan baik dan sentiasa menjaga kebersihannya akan memberi kebaikan kepada semua warga sekolah. Begitu juga dengan penggunaan tandas  dengan betul. Jika tandas tidak dirosakkan semua pengguna akan  berasa selesa.



Naza.(2017).Adab Menjaga Harta Sekolah. Diakses pada 25.9.2017 daripada mindamubinblogspot.my/2010/03/adab-menjaga-harta-sekolah.html

SUIRIN GUSMAN

Ulasan