BUBUH RACUN LIPAS KERANA TIDAK TAHAN DIBULI

Pelajar Letak Racun Lipas Dalam Mi Goreng Kawan Kerana Tak Tahan Dibuli

Kes bubuh racun tikus pada mi goring telah berlaku di Sri Aman, Sarawak. Kejadian ini melibatkan seorang pelajar lelaki sebagai suspek dan seorang lagi lelaki sebagai mangsa buli. Hasil sisatan mendapai suspek berbuat demikian kerana tidak tahan dibuli mangsa.

Menurut datuk kepada pelajar suspek yang berusia 13 tahun itu mendakwa, mangsa tersebut adalah rakan sekelasnya. Difahamkan juga, mangsa keracunan tersebut sering meminta wang dan makanan daripada cucunya. Oleh sebab tidak tahan selalu diminta wang dan dibuli, akhirnya pelajar tersebut tidak teragak-agak meletakkan racun tikus pada mi goreng milik mangsa.

Dalam sidang  media Harian Metro oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, laporan berkaitan kes membubuh racun itu dilakukan sendiri oleh datuk suspek di Balai polis Sri Aman pada 5 petang semalam. Menurutnya lagi, datuk itu mendakwa tindakan cucunya itu adalah tindak balas terhadap perbuatan mangsa.

Walau bagaimanapun siasatan lanjut masih akan dilakukan oleh pihak polis sama ada laporan yang dilakukan oleh datuk pelajar tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian keracunan makanan yang dilakukan suspek atau tidak.

Dalam laporan tersebut, dikatakan seorang pelajar bersekolah di sekolah menengah di sekitar Sri Aman dikejarkan ke hospital kerana muntah setelah makan mi goreng yang dikatakan mengandungi racun lipas. Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi. Oleh itu mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan .

Hasil laporan susulan yang diterima oleh bapa mangsatersebut, suspek yang juga rakan sekelas mangsa keracunan telah ditahan polis pada 2.30 pagi semalam.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan racun berbahaya.


Suspek telah dibebaskan dengan jaminan.

Tidak diketahui. (2017). Bubuh Racun Lipas Kerana Tidak Tahan Dibuli.Diakses pada 24.7.2017 daripada : http://malaysianreview.com dan https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1052058


Kemas kini oleh Suirin Gusman pada 2.10.2017

Ulasan

Catat Ulasan