SERIUS
TANGANI JENAYAH BULI
Baru-baru ini isu buli semakin menular di Negara Malaysia.
Kes terbaru ialah kes kematian Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain dan
seorang remaja lelaki, T.Nhaveen. Kes ini telah mencetuskan pelbagai tindak
balas, reaksi dan pandangan oleh masyarakat di negara ini. Ketidak puasan hati,
rasa marah, mengutuk, sedih, marah, kecewa, dan pelbagai lagi reaksi yang
diutarakan oleh rakyat Malaysia. Ada juga pihak-pihak yang mahukan tindakan
tegas dan adil diambil bagi menangani gejala buli daripada semakin berlarutan.
Menurut
pandangan bekas Ketua Polis Negara dalam sidang media , Tan Sri Ab dul Rahim
Noor hukuman yang lebih berat boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang
didapati melakukan perbuatan membuli sekiranya ia ditakrifkan semula sebagai
kesalahan jenayah.
Pelbagai pertanyaan telah
dikemukakan kepada beliau berkaitan dengan kes ini.
Menurut
beliau lagi, buli ini dilakukan oleh seseorang yang merasakan dirinya lebih
kuat berbanding orang lain yang dianggap lemah. Individu ini mempunyai
kecenderungan untuk mencederakan, mengutuk, menyeksa atau menyakiti mangsa
bukan hanya dari segi fizikal malah juga mental dan emosi.
Namun
begitu, wujudnya pihak-pihak yang tidak melihat perkara-perkara yang
membabitkan buli sebagai perlakuan jenayah dan berpendapat buli adalah agak
berlainan berbanding dengan yang diambil ke atas pelaku jenayah. Seolah-olah
pembuli ini bukannya penjenayah.
Menurut
beliau lagi, walau mana tahap keseriusan kes itu adalah satu perbuatan jenayah.
Oleh itu beliau berpendapat sudah sampai masanya amalan buli dianggap perbuatan
jenayah. Persepsi masyarakat terhadap gejala buli adalah satu langkah pertama
bagi memperbetulkan anggapan gejala buli terhadap masyarakat itu sendiri.
Selama
ini, buli banyak dikaitkan dengan perbuatan kanak-kanak tetapi disebabkan
peredaran masa, perbuatan membuli itu harus dianggap sebagai jenayah.
Seseorang
yang melanggar undang-undang adalah jenayah, tidak kira berapa beratnya akibat
perbuatan itu. Daripada seringan-ringannya sehingga yang berat termasuk
mengakibatkan kematian.
Beliau menegaskan buli merupakan
kegiatan jenayah, jadi pembuli dianggap sebagai penjenayah. Oleh itu, keingkaran
melaporkan tentang kegiatan buli, termasuk guru besar atau guru disiplin,
mungkin kerana bimbang imej sekolah akan tercalar, maka mereka boleh dianggap
melakukan kecuaian jenayah.
Dalam sidang media itu juga
beliau berpendapat agar menyimpan bahan bukti seperti khidmat pesanan ringkas (SMS), surat atau
seumpamanya yang boleh diketengahkan sebagai bahan bukti kelak.
Menurut
beliau, undang-undang sudah ada yang boleh diguna pakai untuk mengekang buli di
sekolah-sekolah dan juga di universiti.
Walau
bagaimanapun, jarang sekali kes buli ini dibawa kepada polis kecuali apabila
mengakibatkan kematian, kes bunuh atau kecederaan yang berat.
Oleh
sebab itu, penyelasaian bukan sahaja bermula di peringkat sekolah, jabatan
pelajaran daerah atau negeri sahaja namun juga pada peringkat Kementerian
Pendidikan tentang tafsiran buli perlu diambil pehatian serius.
Dengan
mendidik pembuli supaya dia tidak terus melakukan perbuatan itu perlulah
dilakukan dalam suasana yang tenang, ceria, dan menarik minat. Sekiranya
didikan tidak memberi kesan kepada pembuli dan masih mengulangi perbuatan itu,
buat laporan polis dan rekodnya akan kekal dalam simpanan pihak berkuasa.
Perlu
juga ada interaksi atau prosedur yang membolehkan kegiatan buli dilaporkan
segera kepada pihak sekolah. Seterusnya di bawa aduan itu untuk pengetahuan ibu
bapa dan bagi membolehkan perkara itu berlaku, mesti ada saluran komunikasi
antara pihak sekolah dengan keluarga berkenaan.
Beliau
berpandangan segelintir ibu bapa bersikap lepas tangan dalam soal buli membuli
ini. Masalah ini bukan terletak di tangan pentadbiran sekolah semata-mata. Sepatutnya
ibu bapa bersikap tegas dan tidak mengendahkan kes ini khasnya melibatkan anak
mereka. Ibu bapa seharusnya
tidak marah dan mengecam pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka dihukum
kerana melakukan kesalahan. Jadi, sikap ini harus diperbetulkan.
Kes buli ini bukan sahaja
dilakukan oleh orang dewasa, malah murid sekolah rendah juga boleh terjebak dengan gejala buli
sehingga menyebabkan kematian. Ini kerana faktor peredaran zaman yang
menyebabkan perkembangan minda yang pantas selain pengaruh televisyen.
Mereka
seharusnya didakwa mengikut undang-undang. Persoalan mungkin dari segi hukuman yang
dikenakan. Mungkin juga hukuman mati bagi kesalahan membunuh boleh diperluaskan
kepada individu di bawah umur.
Mungkin
juga mereka tidak dihukum gantung dan dilepaskan daripada menjalani hukuman
mati. Dalam hal ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup,
bergantung kepada pertimbangan hakim.
Tidak diketahui. (2017). Serius
Tangani Jenayah Buli: Diakses pada 27.7.2017 daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/serius-tangani-jenayah-buli-1.497959#ixzz4mae8QQNk
KEMAS KINI OLEH SUIRIN GUSMAN PADA 2/10/2017
Ulasan
Catat Ulasan