Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda sama ada harta
persendirian atau harta awam . Perbuatan ini dilakukan oleh golongan yang tidak
bertanggungjawab dan mengetepikan kepentingan awam . Vandalisme mendatangkan
kesusahan kepada orang ramai dan menjejaskan nama baik pelakunya . Antara
musibah yang dilakukan itu termasuklah merosakkan peralatan di taman permainan
kanak-kanak , telefon awam , tong sampah dan sebagainya .
Banyak usaha yang dilakukan untuk
menangani masalah gejala vandalisme ; antaranya kerajaan melancarkan kempen
cintai kemudahan awam untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang
kepentingannya kepada mereka . Apabila mereka menghadapi kecemasan seperti
berlaku kebakaran dan sebagainya , seseorang itu perlu menghubungi pihak bomba
tetapi perkara itu tidak mungkin terlaksana sekiranya telefon awam suda
dirosakkan . Menerusi kempen tersebut amalan nilai-nilai murni seperti menjaga
harta benda awam dapat diterapkan ke dalam jiwa anggota masyarakat .
Selain itu , penguatkuasaan
undang-undang hendaklah dilaksanakan dengan tegas untuk mengatasi masalah ini .
Pihak berkuasa perlu memantau kegiatan golongan yang tidak bertanggungjawab dan
memberkas mereka yang terlibat melakukannya . Pelaku-pelaku vandalisme yang
ditangkap itu hendaklah dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan oleh mereka . Tindakan itu akan membuatkan mereka menyesali perbuatan
yang dilakukan itu di samping mendidik mereka daripada mengulangi perbuatan yang
tidak bertanggungjawab itu .
Ibu bapa dan guru-guru perlu mendidik
golongan muda di bawah pengawasan mereka agar menghargai kemudahan awam dan
tidak merosakkannya sesuka hati . Sesiapa yang telah diasuh dengan baik akan
dapat menghindarkan diri daripada melalukan kegiatan antisosial ini . Didikan
awal yang diberikan kepada golongan ini menepati saranan pepatah , iaitu melentur
buluh biarlah dari rebungnya .
Kesimpulannya , pihak kerajaan dan
orang ramai hendaklah bekerjasama menangani masalah vandalisme dalam kalangan
masyarakat . Anggota masyarakat perlu ada kesedaran tentang kewajipan menjaga
kemudahan awam . Dengan itu , kerajaan tidak perlu membazirkan wang yang banyak
untuk membaiki kerosakan kemudahan awam .
Nur Fasihah Afiqah. (2015). USAHA-USAHA MENANGANI GEJALA VANDALISME. Dipetik pada 16.8.2017 daripada http://bahasaduniamu.blogspot.my/2015/04/usah-usaha-menangani-gejala-vandalisme.html
suirin gusman
Ulasan
Catat Ulasan