Apa yang
dimaksudkan dengan vandalisme? Sebagaimana yang kita tahu vandalisme
merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan atau merosakkan harta benda
awam dan harta benda orang lain.Perkataan vandalisme ini berasal daripada nama
sebuah puak di Eropah, iaitu Vandal.
Vandalisme juga merujuk kepada penambahan, penghapusan, atau pengubahan dengan sengaja. Pada lazimnya, vandalisme dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh segolongan manusia yang tidak merasa berpuas hati terhadap keadaan masyarakat.
Vandalisme juga merujuk kepada penambahan, penghapusan, atau pengubahan dengan sengaja. Pada lazimnya, vandalisme dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh segolongan manusia yang tidak merasa berpuas hati terhadap keadaan masyarakat.
Vandalisme
biasanya merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti papan tanda,
telefon awam, kerusi, dinding dan juga tandas awam. Kelakuan seperti ini
biasanya dilakukan oleh golongan remaja yang terlibat dalam budaya lepak. Hal
ini kian menular di negara kita saban hari.
Harta
benda awam telah dirosakkan sewenang-wenangnya. Perbuatan yang tidak
bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai komplikasi dengan pelbagai
pihak, dimana pihak kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk
memperbaiki kemudahan awam yang telah dirosakkan oleh individu yang tidak
mempunyai “ perasaan memilik’’ setiap kemudahan yang telah disediakan.
Mengapa berlakunya vandalisme??
Motif utama berlakunya gejala ini adalah disebabkan emosi.Vandalisme biasanya dianggap sebagai satu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka dianggap ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar untuk memenuhi nafsu mereka yang hina ini.
Faktor-faktor berlakunya
vandalisme
Antara faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya gejala vandalisme ini adalah disebabkan oleh beberapa
faktor antaranya ialah:-
i) Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh
menyebabkan berlakunya vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih
mudah terikut dan senang terpengaruh dengan rakan mereka. Rakan sebaya
merupakan individu yang paling rapat selepas ibu bapa.Pengaruh rakan sebaya
akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja
yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.
ii) Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa merupakan pendorong
kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Mengapa? Sebagai contoh,
ketika bersiar-siar atau berjalan bersama keluarga, didapati, ada sesetengah
ibu bapa membuang sampah atau sisa makanan di merata-rata di depan anak-anak
mereka, maka berkemungkinan besar anak mereka juga akan berkelakuan seperti
itu. Selain itu, sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme
ini berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan
budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan, vandalisme dendam
dilakukan oleh remaja yang inginkan kebebasan dan berlatar belakangkan keluarga
yang bermasalah. Selain itu, kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna
daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak di dalam
gejala negatif ini.
iii) Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh
yang sangat kuat dan akan meninggalkan kesan yang sangat kuat dewasa
ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari
barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh
mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah
untuk meniru dan mengikut apa yang dilihat di sekeliling termasuklah media
massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.
iv) Sikap tidak peduli,
Individualistik dan Materialistik Masyarakat
Remaja merupakan produk sistem
sesebuah masyarakat. Sikap sesetengah masyarakat kini yang hanya
mementingkan soal kebendaan dan tidak mengambil berat terhadap isu-isu sosial
sememangnya merumitkan masalah yang sedia ada. Menurut kajian, masalah
vandalisme banyak berlaku di bandar-bandar.Golongan remaja amat gemar
menconteng dan merosakkan harta benda awam yang ada. Mereka bukannya tidak
terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar agak sukar untuk
dikawal. Di kawasan bandar, sesetengah penduduknya tidak mengambil berat
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu, golongan remaja
merasakan diri mereka bebas untuk melakukan gejala negatif ini tanpa
menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Jenis-jenis vandalisme
Pelbagai jenis vandalisme yang
dapat kita lihat saban hari di negara ini. Jenis vandalisme yang
paling umum adalah menukar tulisan yang sedia ada dengan perkataan lain yang
boleh mengubah maksud asal perkataan tersebut dan boleh menimbulkan kekeliruan
kepada masyarakat. Hal ini makin berleluasa di sana-sini. Kita dapat
melihat papan tanda dilebuh raya misalnya selalu menjadi mangsa kerana tulisan
asal telah ditukar atau dipadam sesuka hati oleh mereka yang tidak mempuyai
akal yang waras ini.
Bagi yang gemar mengumpul
barangan plastik, aluminium, besi keluli dan tembaga pula mereka mampu
manghasilkan pendapatan yang sangat lumayan. Ada diantara mereka sanggup
melakukan jenayah ini semata-mata untuk memenuhi dan mancapai cita-cita dengan
menambahkan lagi koleksi yang sedia ada. Mereka tidar sedar bahawa
kelakuan mereka ini merupakan satu kesalahan dan tergolong dalam kegiatan
vandalisme. Sebagai contoh, kejadian mencuri klip besi bagi mengikat
landasan kereta api di sepanjang laluan Keretapi Tanah Melayu dari utara hingga
selatan. Hal ini amat merunsingkan pengguna perkhidmatan ini kerana sejak
dahulu lagi mereka telah memanfaatkan kereta api sebagai salah satu pengankutan
awam yang selamat.
Selain
itu, bagi industri barang lusuh dan kitar semula pula, semenjak ia berkembang
pesat, secara tidak langsung dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada
pengumpul barang-barang dengan harga pasaran bagi besi dan keluli yang semakin
tinggi, ia kini sudah mencapai tahap membahayakan keselamatan awam kerana
setiap kali terjumpa sahaja logam sama ada yang terbiar atau tidak, nescaya
akan ada orang yang berminat dan sanggup mendapatkannya dengan cara yang tidak
halal.
Begitu
juga dengan apa yang berlaku kepada projek pengindahan persekitaran yang
menggunakan arca-arca keluli, lampu-lampu jalan berkerawang, penutup longkang,
papan tanda dan pelbagai lagi yang diilhamkan oleh pihak berkuasa tempatan
(PBT) di negara ini bakal menguntungkan pengumpul barangan dalam industri ini
selagi lesen terus dikeluarkan dan tidak dipantau dengan rapi oleh pihak
berkuasa.
Hukuman kepada pesalah
vandalisme!!
Kepada mereka yang terlibat
dengan gejala vandalism ini, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan sebagai
satu cara pencegahan yang paling baik. Pelbagai hukuman yang boleh
dikenakan kepada mereka yang melakukan vandalisme ini. Ada cadangan
daripada pihak masyarakat mencadangkan dimana mereka mahu supaya para pesalah
didenda dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan-kawasan awam
seperti membersihkan tandas dan sebagainya. Denda ini adalah sebagai
pengajaran kepada individu lain agar menjauhkan diri daripada perbuatan
vandalisme. Mereka juga perlu dikenakan tindakan mengikut peruntukan
undang-undang yang sedia ada setimpal dengan apa yang mereka lakukan.
Hukuman
yang setimpal dengan perbuatan itu juga perlu diambilkira kerana kebanyakan
perkataan yang digunakan mempunyai unsur lucah dan memalukan kaum
wanita. Setiap kali terbaca perkataan lucah di dinding jambatan, bangunan
dan tempat awam hati seorang wanita akan merasa kecewa dengan sikap segelintir
mereka yang tidak matang ini. Mereka sanggup mengeluarkan perkataan
sebegitu tanpa rasa segan silu. Perkara ini amat memalukan dan terfikir
mengapa perkara seperti ini harus berlaku? Dan apa sebenarnya yang telah
berlaku kepada mereka? Hal ini dapat menimbulkan perasaan bimbang dan
takut kepada masyarakat sekeliling kerana takut ia akan menular kepada
kanak-kanak dewasa ini.
Selain itu, kita juga boleh
mengambil contoh dari negara Singapura yang menjatuhkan hukuman berat kepada
pesalah vandalisme.Justeru itu, langkah bersama yang boleh diambil adalah
mengadakan program tindakan bersama seperti menganjurkan pameran yang
melibatkan agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Langkah-langkah mengatasi vandalisme..
Langkah-langkah mengatasi vandalisme..
i) Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa perlu memainkan peranan
dengan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta
benda awam. Ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak-anak tentang
pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta
sendiri. Secara tidak langsung, sekiranya anak sudah
diingatkan dengan perkara ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak
seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak
mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati
remaja. Kesedaran juga perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja
yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.
ii) Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan
undang-undang perlu dijalankan oleh pihak yang berkenaan. Di bawah Akta
Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati
merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau
penjara tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang
baru menetapkan pesalah-pesalah vandalism perlu menjalankan kerja-kerja khidmat
masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.
(kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah). Tindakan
tegas perlu dikenakan kepada pesalah vandalisme agar menjadi tauladan kepada
rakan-rakan atau individu lain.
iii) Peranan Media Massa
Selain berfungsi sebagai
media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya
mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa perlu
memainkan peranan yang sangat penting dan mempunyai pengaruh yang kuat dari
segi menanam kesedaran untuk memperoleh kerjasama dan menyampaikan maklumat
mengenai vandalisme dalam apa jua bentuk rancangan yang tersiar atau yang
terdapat di dalam media massa. Media massa juga berperanan membantu pihak
kerajaan dengan mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati
mesej yang disampaikan dalam kempen tersebut. Contoh kempen yang boleh
dianjurkan seperti “Cintailah Harta Awam”.
iv) Peranan Masyarakat dan Pihak
Sekolah
Setiap anggota masyarakat perlu
bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak
melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang
berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala
vandalisme yang berlaku di kawasan mereka.Selain itu anggota masyarakat boleh
memainkan peranan penting dengan memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak
vandalisme. Pihak sekolah perlu memberi nasihat dan bimbingan yang
secukupnya kepada pelajar mengenai kepentingan harta benda awam. Mereka
perlu diterangkan dengan lebih mendalam tentang tanggungjawab terhadap harta
benda awam kerana sedikit sebanyak ia akan memberi gambaran kepada mereka
betapa pentingnya sikap dan tanggungjawab terhadap harta benda awam.
Kesimpulan
Gejala vandalisme yang berlaku
ini berpunca daripada kewujudan mereka yang suka melepak tanpa sebarang haluan
sehingga menjadikan kemudahan awam seperti pondok menunggu bas, papan tanda dan
telefon awam dijadikan sasaran. Perbuatan ini bukan sahaja menyusahkan
orang ramai tetapi secara tidak langsung menggambarkan masyarakat yang tidak
mempunyai kesedaran sivik.
Tidak
semua vandalisme dilakukan dengan kasar. Sebaliknya tidak semua perubahan
besar dan kontroversial merupakan vandalisme. Hal ini memerlukan
ketelitian untuk menentukan apakah satu data atau informasi baru itu benar atau
iamerupakan vandalisme. Sehubungan itu, orang ramai juga diharap dapat
memberi kerjasama dengan melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai
sebarang perbuatan vandalisme.
Walaupun perbuatan vandalisme
tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, perbuatan ini mencemarkan
tempat tumpuan orang ramai. Bagaimana kalau lakaran lucah dan perkataan
yang memberahikan dibaca oleh golongan muda? Ini sudah tentu akan menimbulkan
imaginasi dan khayalan seks yang boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan
jenayah seperti mencabul kehormatan, rogol dan melakukan hubungan seks
bebas. Selain itu, perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk membersihkan
tempat atau kawasan yang telah diconteng. Semua usaha pembersihan dan
pemulihan ini memerlukan tenaga yang banyak.
Perbuatan vandalisme tidak boleh
dibiarkan begitu sahaja.Sesetengah pihak tidak mempedulikan perbuatan ini
kerana menganggapnya sebagai fenomena sementara yang akan terhenti dengan
sendiri. Sejauh manakah kebenaran ini?Vandalisme dilakukan secara
berterusan daripada satu generasi kepada generasi lain. Jika perbuatan ini
didiamkan begitu sahaja, sudah tentu kita menggalakkan lagi perbuatan
vandalisme ini.
Walaupun selama ini perbuatan
vandalisme tidak dianggap sebagai jenayah dan tiada peruntukan undang-undang
untuk mendenda atau menangkap para pelakunya, remaja yang didapati melakukan
vandalisme seharusnya dikenakan hukuman kompaun. Kompaun ini dapat memberi
pengajaran kepada mereka yang ingin melakukan vandalisme, setidak-tidaknya
mereka akan berfikir dahulu sebelum berbuat demikian.
Di ibu
negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk
meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda
awam ini dengan membentuk Jawatankuasa Antivandalisme yang turut dianggotai
oleh jabatan lain dan agensi kerajaan. Apabila menyedari hakikat bahawa
pelajar merupakan aset penting dan generasi wawasan yang akan menerajui negara
pada masa hadapan, maka Jawatankuasa Antivandalisme ini telah melibatkan sekolah
dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini. Jabatan Pendidikan
sendiri telah menganjurkan satu kempen yang diberi tajuk “ Harta Benda Awam
Milikku-Milikmu’’. Pertandingan seperti ini amat penting dan perlu
dilakukan untuk menanamkan sifat lebih bertanggungjawab dan secara tidak
langsung dapat menyemaikan perasaan sayang dan cinta terhadap harta benda awam.
Selain itu, masyarakat juga
memainkan peranan yang penting dengan memberi kefahaman betapa buruknya akhlak
mereka yang melakukan vandalisme. Contohnya, ibu bapa sebagai orang yang
terdekat dengan remaja sepatutnya mendidik anak-anak mereka dengan contoh
tauladan yang baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar
tidak menimbulkan fenomena kebosanan dan kekosongan di hati mereka. Pihak
sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja yang berjiwa
sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa kelak.
Tidak diketahui. (2017). Vandalisme.Diakses pada 16.8.2017
suirin gusman
Tidak diketahui. (2017). Vandalisme.Diakses pada 16.8.2017
daripada:https://www.google.com/searchsafe=strict&source=hpq=vandalis
meoq=vandalisme&gs_l=psyab.3..0l4.1749.5127.0.6878.11.10.0.0.0.0.172.
1349.0j10.10.0....0...11.64.psyab..1.10.1345.0..46j35i39k1j0i131k1j0i46k1j
0i20k1.9JKX_yB5jpYsuirin gusman
Ulasan
Catat Ulasan