KES ROGOL BAYI

Satu kejadian rogol berlaku di Missouri, Amerika Syarikat. Daripada Hasil maklumat yang diperoleh menyatakan bahawa seorang pengasuh lelaki didapati melakukan kes rogol dan melakukan seks luar tabii pada seorang bayi yang hanya berusia setahun. Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Yahoo News, sebelum kejadian rogol, pengasuh yang bernam  Jayson Newlun, berumur 26 tahun merupakan penjaga  bayi kepada rakannya .Sementara ibu bapa bayi tersebut pergi ke kedai, Jayson dilaporkan telah memasuki bilik bayi tersebut dan merogol bayi tersebut. Ibu bapa bayi tersebut balik semula ke rumah kerana tertinggal sesuatu barang.
Sekembalinya mereka ke rumah mereka, alangkah terkejutnya kerana mendapati pengasuh tersebut sedang melakukan perkara keji itu .Ibu mangsa yang memeriksa bilik mangsa menyaksikan Jayson sedang mengambil foto lucah mangsa dan menyentuh kemaluannya.
Ibu bapa mangsa lantas bertindak dan kemudian Jayson telah ditangkap oleh bapa mangsa. Dilaporkan juga Jayson  telah dipukul dengan laci almari baju. Seorang jiran mendengr pergaduhan tersebut dan kemudian datang dan meleraikan mereka. Ibu bapa mangsa melaporkan kepada pihak polis. Kejadian tersebut masih disiasat polis.
Tidak diketahui. (2017). Rogol Bayi. Diakses pada 25 September 2017 daripada :https://suarasabah.com/2017/09 /pengasuh-lelaki-rogol-bayi-dibelasah-ayah-mangsa/


Suirin Gusman

Ulasan