‘Sultan’ diberkas ugut wanita dengan rakaman video

Di Bandar Dahaka, Bangladesh, satu penahanan ke atas suspek yang dikenali sebagai “Sultan Seks” berjaya ditangkap oleh pihak polis. Suspek diberkas atas tuduhan telah mengugut puluhan wanita dengan rakaman video hubungan seks yang dilakukannya bersama mangsa.
Dalam Wawancara seorang polis unit elit Bangladesh, Ishtiaque Ahmed, berkata pihak polis berjaya menyerbu rumah Fuad bin Sultan yang terletak di sini pada waktu malam. Dalam serbuan itu pihak polis berjaya merampas komputer riba, pil methamphetamine dan video pornografi terbabit.
Menurutnya lagi, suspek yang berkhidmat sebagai teman sosial lelaki membuat temu janji dengan pelanggan secara dalam talian. Selepas itu, mangsa akan dibawa ke pangsapurinya untuk mengadakan hubungan seks.
Dilaporkan suspek akan merakam setiap perbuatan dan perlakuan mereka. Hasil rakaman tersebuat telah dijadikan sebagai bahan ugutan kepada mangsa rogol. Mangsa terlibat sebahagian besarnya adalah wanita yang sudah berkahwin untuk mendapatkan wang.
Dalam serbuan itu pihak polis telah berjaya menjumpai komputer milik suspek dan mendapati hampir 150 video dalam komputer tersebut membabitkan mangsa.  
Menurut laporan, pelaku tersebut telah didakwa mengikut undang-undang anti pornografi dan jika sabit kesalahan, dia bakal berdepan hukuman penjara selama 10 tahun.

Tidak diketahui. (2017). Sultan di berkas ugut wanita dengan rakaman video.



Suirin Gusman

Ulasan

  1. Saya hanya melihat artikel yang semuanya ditulis oleh saudara Suirin Gusman. Kenapakah rakan-rakan lain (saudar Abir dan saudara Sintau) tidak menyumbangkan apa-apa kepada blog ini?

    BalasPadam
  2. Rujukan luar hendaklah dicatatkan dalam format APA. Terima kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan