Di Bandar Dahaka, Bangladesh, satu penahanan ke atas suspek yang
dikenali sebagai “Sultan Seks” berjaya ditangkap oleh pihak polis. Suspek
diberkas atas tuduhan telah mengugut puluhan wanita dengan rakaman video
hubungan seks yang dilakukannya bersama mangsa.
Dalam Wawancara seorang polis unit elit
Bangladesh, Ishtiaque Ahmed, berkata pihak polis berjaya menyerbu rumah Fuad bin
Sultan yang terletak di sini pada waktu malam. Dalam serbuan itu pihak polis
berjaya merampas komputer riba, pil methamphetamine dan video pornografi
terbabit .
Menurutnya lagi, suspek yang berkhidmat sebagai
teman sosial lelaki membuat temu janji dengan pelanggan secara dalam talian.
Selepas itu, mangsa akan dibawa ke pangsapurinya untuk mengadakan hubungan
seks.
Dilaporkan suspek akan merakam setiap perbuatan
dan perlakuan mereka. Hasil rakaman tersebuat telah dijadikan sebagai bahan
ugutan kepada mangsa rogol. Mangsa terlibat sebahagian besarnya adalah wanita
yang sudah berkahwin untuk mendapatkan wang.
Dalam serbuan itu pihak polis telah berjaya
menjumpai komputer milik suspek dan mendapati hampir 150 video dalam komputer
tersebut membabitkan mangsa.
Menurut laporan, pelaku tersebut telah didakwa
mengikut undang-undang anti pornografi dan jika sabit kesalahan, dia bakal
berdepan hukuman penjara selama 10 tahun.
Tidak diketahui. (2017). Sultan di berkas ugut wanita dengan
rakaman video.
Dipetik pada 20.8.2017 daripada : https://suarasabah.com/2017/08/sultan-diberkas-ugut-wanit
dengan-rakaman-video/
Suirin Gusman
Saya hanya melihat artikel yang semuanya ditulis oleh saudara Suirin Gusman. Kenapakah rakan-rakan lain (saudar Abir dan saudara Sintau) tidak menyumbangkan apa-apa kepada blog ini?
BalasPadamRujukan luar hendaklah dicatatkan dalam format APA. Terima kasih.
BalasPadamCapaian internet tempat mereka tidak baik.
Padamsudah saya murnikan sir
Padamsudah saya murnikan sir
Padam